0

Makna Tersirat Dalam Kata-Kata Hawa...

FINE
Ini la yang perempuan suka gunakan untuk hentikan pergaduhan, lebih-lebih lagi bila dia rasa dia yang betul dan anda kena diam. Jangan sekali kali gunakan perkataan ini untuk memberi gambaran rupanya, terutama sekali apabila dia sedang mencuba pakaian di kedai - hanya akan membawa anda berdua bergaduh.

LIMA MINIT
Ini sebenarnya setengah jam. Ianya sama jugak dengan lima minit yang perlawanan bola sepak akan berakhir sebelum anda membawa sampah ke luar, jadi ini adalah pertukaran yang seimbang.

TAKDE APA-APA
Ini bermakna "something" dan anda perlu berjaga-jaga! Perkataan ini melambangkan perasaan perempuan yang inginkan anda berputar-putar kat dalam macam mesin basuh. Selalunya, ini akan memulakan pergaduhan yang akan bertahan selama 'LIMA MINIT' dan diakhiri dengan 'FINE'.

PERGILAH! (dengan kening terangkat)
Ini adalah satu cabaran yang akan membuat si perempuan menjadi marah dengan 'TAKDE APA-APA' dan diakhiri dengan 'FINE'. PERGILAH (dengan kening biasa) Ini bermakna 'mengalah' atau 'buat je la apa yang awak nak sebab saya tak kisah'. Anda hanya akan mendapat situasi ini dan dalam beberapa minit diikuti dengan 'TAKDE APA-APA', 'FINE' dan dia akan bercakap kembali dengan anda dalam masa 'LIMA MINIT' apabila dia dah sejuk.

MENGELUH YANG KUAT
Ini sebenarnya bukanlah perkataan, tetapi kenyataan yang sering disalah anggap oleh kaum lelaki. 'MENGELUH YANG KUAT' bermakna dia merasakan anda adalah seorang yang bodoh ketika itu dan dia sendiri terfikir kenapalah dia menghabiskan masa berdiri di situ dan bergaduh mengenai 'TAKDE APA-APA'.

MENGELUH YANG PERLAHAN
Lagi sekali, ini bukanlah perkataan. 'MENGELUH YANG PERLAHAN' membawa maksud yang dia berasa puas. Adalah lebih elok jika anda duduk diam, jangan buat sebarang tindakan... dan dia akan kekal puas.

OKAY LAH
Ini adalah kenyataan yang paling merbahaya seorang perempuan boleh buat kepada lelaki. 'OKAY LAH' bermakna dia ingin berfikir panjang sebelum dia membalas terhadap perbuatan anda yang telah menyakitkan hatinya. 'OKAY LAH' selalunya digunakan dengan 'FINE' bersama 'Kening
Yang Terangkat'.

BUAT LAH
Satu ketika di masa depan dalam masa terdekat, anda akan dilanda masalah yang besar.

TOLONGLAH
Ini bukan kenyataan, sebaliknya adalah pelawaan. Seorang perempuan memberi anda peluang untuk mengeluarkan sebarang alasan atau sebab di atas apa yang telah anda lakukan. Anda mempunyai peluang yang adil dengan kejujuran, jadi berhati-hati dan anda tidak akan mendapat 'OKAY LAH'.

TERIMA KASIH
Seorang perempuan mengucapkan terima kasih. Jangan pengsan. Terima dan ucapkan sama-sama.

TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK
Ini banyak berbeza dari 'TERIMA KASIH'. Seorang perempuan akan menggunakan ini apabila dia dah terlampau marah pada anda. Ini menunjukkan yang anda telah menyinggung perasaannya dan akan diikuti dengan 'MENGELUH YANG KUAT'. Berhati-hati untuk tidak bertanya apa yang salah selepas 'MENGELUH YANG KUAT' kerana ini hanya akan membuat dia berkata 'TAKDE APA-APA'
0

Rindu pada Pencipta Bulan

saya rindu pada pencipta bulan bukan kepada bulan kerana saya tahu bulan akan hancur dan binasa....
tetapi saya juga tahu pencipta bulan tidak melarang saya untuk menikmati keindahan bulan bahkan dengan menikmati keindahan bulanlah saya akan memuji pencipta bulan.saya akan mengagumi kuasa dan kehalusan pencipta bulan yang telah menciptakan bulan begitu indah menjadi penghias di malam hari.begitu juga lah cinta saya pada isteri saya yang solehah, apabila saya melihatnya...dia umpama bulan yang mengingatkan saya pada pencipta bulan....
dia tidak pernah jemu memberi senyuman manisnya kepada saya dalam setiap situasi yang saya tempuhi, terkadang saya melukakan hatinya tanpa saya sedari, tetapi dia tidak pernah menunjukkan wajah kecewanya pada saya, bahkan dia sentiasa memaniskan wajahnya untuk tatapan saya dan tetap berada disisi saya dengan kata-kata lembutnya walaupun saya telah mengguris perasaannya dengan tingkahlaku saya. sifatnya-sifatnya mengingatkan saya tentang kehidupan para salafusoleh yang pernah saya baca cerita mereka ketika di bangku sekolah dulu....
0

Kes-Kes Melibatkan Wanita

Mangsa Rogol :





0

Kes-Kes Melibatkan Wanita

Mangsa Ragut :







0

Musafir Seorang Wanita

Hukum :

1. Wanita dilarang bermusafir kecuali bersama-sama dengan suami atau mahram. Kerana dalam hadis yang disepakati kesahihannya menyebut:

لا تسافر المرأة ثلاثة أيام إلا مع ذي محرم

"Janganlah seorang wanita bermusafir perjalanan tiga hari kecuali kecuali bersama mahram". Direkod dalam Sahih Bukhari (no: 1036) dan Muslim (no: 1338).

Larangan ini adalah meliputi semua bentuk perjalanan yang dinamakan musafir. (Syarah Sahih Muslim oleh Nawawi 9/103).

Berdasarkan hadis ini, haram seseorang wanita keluar musafir tanpa ditemani suami atau mahram, walaupun dia keluar bersama dengan wanita-wanita muslimah lain.

Kata Imam Nawawi tentang hukum wanita bermusafir untuk selain haji wajib, seperti haji sunat, urusan perniagaan, lawatan dan lain-lain. Katanya: "Setengah ulama mengatakan harus dengan ditemani wanita-wanita yang dipercayai, seperti masalah haji Islam. Dan Jumhur mengatakan hukumnya adalah HARAM kecuali ditemani suami atau mahram. Inilah pendapat yang sahih berdasarkan hadis-hadis yang sahih". (Syarah Muslim 9/104).

2. Samada musafir tersebut ke negara Islam atau bukan, hukumnya adalah sama iaitu mesti ditemani dengan suami atau mahram. Malah, hukumnya lebih berat jika ke negara bukan Islam, kerana ancaman terhadap muslimah di sana lebih kuat dan fitnah lebih besar.

Para ulama tidak mengesyorkan orang Islam melancong ke negara kufur kecuali atas alasan keperluan mendesak. Ia bagi mengelakkan ancaman terhadap akidah, agama, dan akhlak.

3. Dalam masalah wanita bermusafir untuk mengerjakan haji, tetapi tidak ada mahram, ada pendapat yang mengharuskan jika dia bersama wanita lain yang dipercayai, dan perjalanannya dijamin selamat.

Pendapat ini dipilih dalam mazhab Syafie dan beliau menukilkan pendapat ini daripada Aisyah, Ibn Umar dan Ibn Zubair r.a. (rujuk Al-Umm 2/127)

Diriwayatkan juga Aisyah r.a. berkata, "Bukan semua wanita ada mahram". (Musannaf Ibn Abi Syaibah no: 15176).

Wallahu A'lam.
0

Pakaian Takwa




0

Wanita Amanah Lelaki

Buat kaum lelaki waspadalah jangan sesekali mendidik kaum wanita dengan mengikuti perintahnya. kerana ia mencerminkan kejahilan anda , jangan jinakkan mereka dengan emas atau harta kerana mereka akan jadi liar dan kau semakin diperbodohkan , jangan hiburkan mereka dengan kecantikan kerana mereka akan menderita dan kau akan sengsara.Maka pimpinlah mereka dengan jalan kebenaran, jalan yang diredhai Allah kerana kau akan ditanya akan tanggung jawabmu itu wahai saudaraku.Ibnu Umar r.a berkata :Bersabda Rasulullah Saw : “Kamusekalian adalah pemimpin dan kamu akan di tanya tentang mereka yg kamu pimpin .Raja yang memimpin rakyatnya dan suami pemimpin kepada keluarganya dan isteri pemimpin rumah tangga suami dan anak-anaknya.Maka kamu sekalian pemimpin dan akan bertanggung jawab atas pimpinanmu” (Riwayat Bukhari dan muslim) Benar sabda Rasulullah saw “ Sesungguhnya kemusnahan kaum lelaki itu adalah kerana mentaati wanita-wanita mereka”Selain daripada itu “Kejahilan bagi kaum lelaki ialah mentaati wanita selain daripada ibunya” Huzaifah r.a berkata ia mendengar nabi SAW bersabda ,di dalam khutbahnya “Arak adalah ibu segala maksiat , wanita adalah jala syaitan dan cinta dunia adalah kepala setiap dosa.”Rangkap yang wanita adalah jala (perangkap syaitan ) menjelaskan maksud samada syaitan telah menghiasi mereka dengan begitu menarik supaya menimbulkanrangsangan ataupun lelaki yang jahat akan memandang serta menggoda mereka dengan perantaraan mereka.Ibnu Mas’ud ra telah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw telah bersabda , “Wanita adalah objek yang tersorok di mana ,apabila ia keluar syaitan akan menghias mereka untuk menggoda kaum lelaki” At-Tirmizi.Sedarlah kaum lelaki , di sini cabaran bagi anda maka jangan sesekali terbuai dengan tipu daya syaitan seperti firman Allah yang bermaksud:“Wahai orang-orang yang beriman , masuklah kamu ke dalam islam keseluruhannya dan janganlah kamu turuti langkah –langkah syaitan .Sesungguhnya syaitan itu musuh kamu yang paling nyata bagimu.Tetapi jika kamu tergelincir (dari jalan Allah) sesudah datang padamu bukti-bukti kebenaran , maka ketahuilah , bahawasanya Allah Maha Perkasa lagi Maha bijaksana” (Al-Baqarah 208-209)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...