0

Sumpah Iblis Kepada Wanita




Iblis laknatullah membisikkan kepada para wanita bahawa apa jua pakaian termasuk hijab tidak ada kaitannya dengan agama, sebaliknya ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan.

Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus.

Bagaimanakah caranya?



1. Membuka Bahagian Tangan

Kebiasaannya telapak tangan sudah terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan fesyen, iaitu membuka bahagia hasta (siku hingga telapak tangan).

"Ah!Tidak apa-apa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang."Begitu bisikan syaitan.

Akhirnya si wanita menampakkan tangannya dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa.

Maka syaitan berbisik, "Hah,tak apa-apa kan?"



2. Membuka Leher dan Dada

Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi.

"Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan fesyen yang lebih maju lagi, iaitu terbuka bahagian atas dada kamu, tetapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sedikit untuk mendapatkan hawa agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli kerana sebahagian sahaja yang terbuka."

Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari fesyen setengah lingkaran hingga fesyen berbentuk "V".



3. Berpakaian tapi Telanjang


Syaitan berbisik lagi, "Pakaianmu hanya begitu-begitu saja, cubalah fesyen yang lebih bagus! Banyak kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih indah dan cantik dipandang."

Maka tergodalah si wanita. "Mungkin tidak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya sahaja yang berbeza, agar nampak lebih feminin," begitu syaitan menokok-nambah.

Maka, jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi s.a.w sebagai kasiyat 'ariyat (berpakaian tapi telanjang).



4. Agak Terbuka Sedikit

Setelah para muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi.

"Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, kerana sempit, kan lebih baik dibelah hingga lutut atau mendekati peha? Dengan itu kamu lebih selesa."

Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahaian bawah hingga lutut atau mendekati peha ternyata lebih selesa dan mudah untuk duduk atau menaiki kenderaan.



5. Tudung Semakin Kecil

Kini syaitan melangkah dengan tipu daya lain yang lebih "power".

Tujuannya adalah agar para wanita menampakkan bahagian auratnya. "Oh, ada yang terlupa! Kalau kamu pakai baju sedemikian, maka tudung yang besar tidak sepadan lagi. Sekarang kamu cari tudung yang lebih kecil agar serasi dan sepadan. Orang tetap akan menamakannya tudung."



6. Terdedah


Si wanita ternyata selesa dengan fesyen baru yang dipakainya seharian. Syaitan datang memberi idea lagi. "Rambutmu sangat cantik. Bukankah lebih selesa jika tudungmu dilepaskan. Kamu bebas mencuba fesyen rambut yang pelbagai. Malah, kamu boleh mewarnakan mengikut warna yang kamu suka supaya kelihatan lebih menawan."

Maka, sekali lagi syaitan berjaya mempengaruhi si wanita supaya mendedahkan rambutnya.



7. Membuka Seluruh

Syaitan kembali berbisik, "Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fesyen yang lebih menarik. Bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya kira-kira 10 sentimeter sahaja. Nanti kalau kamu sudah biasa, baru cari fesyen yang di atas paras lutut"

Benar-benar bisikan syaitan telah menjadi penasihat peribadinya.

Maka terbiasalah dia memakai pakaian terdedah.

Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak bersalahan dengan agama?

Namun bisikan syaitan menyahut, "Ah, jelas tidak bersalahan. Kan sekarang zaman sudah semakin moden. Kamu hanya mengikut arus fesyen masa kini."

"Tetapi, apakah ini tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?" hati si wanita curiga..

"Fitnah? Ah, kalau kaum lelaki melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada fitnah lagi, kerana sama-sama suka?" syaitan menghasut.

Begitulah sesuatu yang seakan-akan mustahil untuk dilakukan.

Namun syaitan tidak pernah berhenti membisikkan hasutan-hasutan jahat dalam hati sehingga ke saat kematian seorang anak Adam itu.

Hingga pada suatu ketika nanti akan muncul idea untuk mandi di kolam renang atau di pantai secara terbuka, di mana hanya dua bahagian sahaja yang ditutupi iaitu kemaluan dan buah dada!!!

Ingatlah, syaitan laknatullah hanya pandai menjanjikan kita dengan janji-janji palsu yang halus dan memikat, janji untuk keseronokan dunia, tetapi sebenarnya janji itu palsu dan racun yang mematikan! Nauzubillah...





Dan tidak ada pertanggungjawaban sedikitpun atas orang-orang yang bertakwa terhadap dosa mereka; akan tetapi (kewajiban mereka ialah) mengingatkan agar mereka bertakwa. (69.Al An'aam)



Mereka itulah orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah, maka ikutilah petunjuk mereka. Katakanlah: "Aku tidak meminta upah kepadamu dalam menyampaikan (Al-Quran)." Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan untuk seluruh ummat. (90.Al An'aam)



Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar merekalah orang-orang yang beruntung.(104.Ali 'Imran )



Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Orang pintar ialah sesiapa yang memuliakan dirinya serta membuat persediaan untuk kehidupan selepas mati, sementara orang bodoh ialah sesiapa yang membiarkan dirinya mengikut hawa nafsu serta mengharapkan cita-citanya dikabulkan oleh Allah.” (Riwayat at-Tirmidzi)
0

Teman Hidup yang Baik...




Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah. Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala. Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki? Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.

Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik, tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk, tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat, dan dia sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo. Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya. Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatnya cemburu, dan membuatnya selalu terfikir-fikir: Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki.

Kawan, saya harap dia membaca artikel ini. Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit. Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.

Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya. Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.

Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita. Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan. Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.

Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin. Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia. Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada. Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua.

Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa selepas di bawa berjumpa , kerana mungkin pandangan orang tua akan berubah setelah mengenali lelaki pilihan anda. Namun jika tidak, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja. Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa. Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.

Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama. sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian, kini sudah disunting, dan bakal menjadi isteri kepada lelaki yang mereka cintai. Semoga mereka tak tersalah pilih. Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri. Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia . Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.

Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki,tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki. Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.

Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya. Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata. Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati. Tetapi kita bahagia dalam dakapannya.Semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik..InsyaAllah…
0

Hati Yang Pernah Dimiliki...

Jika kamu memancing ikan....Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu....Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.



Begitulah juga .........



Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...


Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu. ...Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....


Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.


Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..Terlalu ingin mengejar kelazatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.


Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU. ..MENGASIHIMU. ..Mengapa kamu berlengah..?


Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Kamu juga yang akan MENYESAL.....
0

Disebalik Iklan Raya 2010 TV3




Scene1, Budak Lelaki Melayu Tilik Buku Budak Lelaki Melayu sedang
menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah
pondok buruk beratapkan rumbia denganbertemankan sebiji mentol. Terdapat
sebuah sangkar burung yang tergantung... di sebelah kanan tingkap yang
terbuka...

1.Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu

2.Buku - Bible

3.Pondok Buruk Beratap Rumbia - Kemiskinan


4.Malam Yang Gelap - Islam yang mundur

5.Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis

6.Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan
ajaran ISLAM

7.Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran


Scene2 - Close Up Muka Surat Bergambar Beca Scene2 - Close up sehelai
mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan
berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara),
menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan
(inverted).

1.Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)


2.Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan

3.Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus

4.North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)

5.Pokok Krismas - Simbol Paganism


Scene3 , Keluarnya Bintang-Bintang Kecil Beraura Keluarnya bintang-bintang
kecil beraura yang membawa cahaya darigambar beca. Budak Melayu delighted
(kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap
rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan
seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan
berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-
sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.

1.Bintang-bintang kecil beraura -Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran,
kemodenan etc.

2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih -POPE - Ketua Agama Kristian

3.Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian


Scene4, Budak Melayu Masuk Ke Dalam Beca Budak Lelaki Melayu dengan
seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk
bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa
Melayu)

1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu.


[Disamping scene-scene yang dinyatakan, ternyata gambaran beberapa orang
mengacau dodol dan keluarnya pelita dari kelopak bungat Teratai pula jelas
menunjukkan cahaya datang dari Tuhan Brahma (Budhha) untuk menerangi alam
ini. Semua ini jelas menunjukkan yang ada agenda jahat pihak berkenaan
untuk memesongkan minda umat Islam di negara ini. Maka itu, adalah jelas
supaya pihak TV3 memohon maaf secara terbuka dan menghentikan penyiaran
iklan tersebut dengan segera. Jika tidak, sudah pasti rakyat akan marah
dengan apa yang dipaparkan. Apapun, semoga kejadian ini menjadi pengajaran
berguna buat semua terutamanya TV3 agar lebih peka dan sensitif dengan isu
agama seperti ini. Jika selama ini mereka banyak menyiarkan isu yang
dimainkan oleh pihak lain, kini akhirnya perkara yang sama terkena atas
batang hidung merek sendiri pula. Jangan sampai umat Islam di negara ini
memboikot pula TV3 nanti!]
0

Pantun Si Tudung Ketat!

Pakai tudung tapi bertelanjang
Itulah gaya orang sekarang
Mana tidaknya, ukuran body semua terang-terang
Yang mana kendur yang mana tegang

Baju nipis nampak bayang
Peha gebu saja ditayang
Lebih baik tak pakai baju senang
Dah tentu boleh tunjuk terang-terang

Baju ketat seluar sendat
Pakai tudung just ikat-ikat
Dari mula memang bukan adat
Disudut agama pun gaya tak berkat

Tudung jarang baju nipis
Pakai sikit boleh nampak 'garis'
Mata orang terbeliak, kita membengis
Bila kena kutuk, kenapa menangis

Lengan pendek blaus gantung
Jeans ketat melekat dipunggung
Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung
Agama tak suruh berbungkus macam pocong

Apa rasanya, kepala bertudung, kain terbelah
Kalau takat rambut orang kurang ghairah
Lain kalau peha gebu atau ternampak lurah
Mata yang memandang boleh keluar darah

Kebaya ketat, kain terbelah
Ikat tudung macam tak sudah
Nak ikut suruhan agama memang tak mudah
Tapi Islam sebenarnya indah

Tutup aurat bukan suruh berselubung
Sampai tak nampak muka dan hidung
Yang faham tuntutan amat beruntung
Taklah bersungut mulut pun muncung

Dah kalau mula minat nak bertudung
Cubalah sesuaikan apa yang disarung
Kalau masih rasa jiwa tu 'mendung'
Maknanya nafsu tu belum dapat dibendung

Bertudung itu bukan satu paksaan
Ianya lebih kepada keinsafan
Selalunya nafsu masih dikuasai syaitan
Itu la pasal fesyen pun yang bukan-bukan

Asal menutup aurat itu tuntutan
Kalau dianggap susah, tu sebab bosan
Yang ye nya hati tak berkenan
Tu yang berjela-jela mencipta alasan

Menutup aurat satu syariat
Kepada agama kita taat
Hidup berkat pahala berlipat-lipat
Didunia selamat, di akhirat hebat

Dalam tiap perbuatan, kita mulakan dengan niat
Gitu juga bertudung, janganlah konon nak tunjuk taat
Alamat pahala lebur, dosa bertingkat-tingkat
Mentelah pula berfesyen tak kena tempat

Baik tak bertudung kalau hanya nak rosak imej
Walhal Islam suruh pakai yang sopan dan manis
Dah kalau takat pakaian ngalahkan pengemis
Atas tutup, bawah buka, ni apa punya jenis?

Kita memang hidup dalam era serba maju
Sungguhlah iman tak dinilai just ikut baju
Kalau bertudung tapi pakai yang 'gitu-gitu'
Kita pun susah kenal, manusia ke hantu

Banyak salah faham bila mula bertudung
Maknanya no fesyen-fesyen only the baju kurung
No more pant suit, kebaya or kebarung
Dah kalau gitu lebih baik duduk berkurung

Bertudung bergaya biarlah yang sempurna
Tak jadi bahan kutuk, jangan pula menambah dosa
Pun tak usahlah juga terlebih gaya
Islam itu suka yang sederhana

Kenalah pula kita wanita bekerjaya
Fesyen busana muslimah yang paling kena
Kalau rasa nak letak kaler, tu yang paling asas je
Sebab agama sendiri menggalakan kita selesa

Mana tidaknya, bila bekerja kita bergaul semua
Kalau sendiri memandang muka pun layu je
Orang dok mengata, kita pun rasa terhina
Dah kalau 'put color' jangan macam 'rainbow' pula

Siapa kata kita tak boleh berwarna
Tak caya cuba tengok semua pendakwah kita
Ustazah-ustazah mereka tetap juga bubuh kaler
Taklah sampai mengancam, cuma biar nampak 'bernyawa'

Tu sebab kita buat kerja semua dengan niat
Jadi terserah budi bicara tuan punya jasad
Dah kononnya bertudung tapi hati masih jahat
Baik tak le payah berpura nak tutup aurat

Kalau dah memang rasa nak berubah
Peduli kata orang bukan dia yang susah payah
Asal niat, matlamat dan cara kita istiqamah
Lantak mereka lah kalau nak tergigit lidah

Bersamalah kita mengkaji semula
Pakaian kita yang bagaimana gayanya
Andai belum betul-betul bersedia
Janganlah kita mencemar kesuciannya

Andai terasa hidayah menyinggah
Lakukan yang betul mengikut sunnah
Menutup aurat jangan sekali dirasa payah
Mengapa diperleceh, itukan perintah

Andai dihati redha dan ikhlas
Diwajah Nur terpancar jelas
Walaupun bergaya tak berapa 'kelas'
Asal Tuhan tahu, diakhirat pengorbanan terbalas

Harap maaflah kalau terlalu panjang
Bukan sengaja mereka yang bukan-bukan
Berpantun seloka bukan setakat hiburan
Yang mana betul jadikan pedoman.
0

Surat Untukmu Sayang....(tak sama tapi serupa)

SUAMI YANG LUPA...


Isteriku..

Dengarlah isteriku, aku menulis derita ini ketika kamu sedang terbaring tidur memeluk bantal, di pipimu terdapat kesan air mata yang baru kering, di dahimu terdapat rambut yang hujungnya basah kerana air mata…. Secara diam-diam aku berbaring disisimu, mengusap rambutmu ke belakang, dan menyapu air matamu.., lalu aku mencium dahimu dan memelukmu.., lalu aku menangis...

Mungkin semenjak kita berumah tangga ini, kamu dapati aku sukar melayanmu dengan baik.., kesibukkan aku dengan urusan sendiri membuatkan kamu seorang isteri hilang tempat melepaskan penat dalam pelukkan kasih sayang.., malahan kesemua salahmu yang kecil juga membuatkan jurang antara kita semakin jauh.., namun hari ini, segala kesabaranmu telah datang menyelubungi diri aku lalu membangkitkan rasa kesal yang amat sangat kerana di dalam hati ini, tiba tiba muncul perasaan bersalah yang amat sangat...

Dan dengan perasaan bersalah itulah aku kini datang kepadamu, dan memelukmu dengan penuh kasih sayang..

Dalam diri aku berkecamuk fikiran tentang segala perlakuan kasar aku terhadapmu wahai isteriku. Sewaktu kamu ambil masa yang tidaklah lama untuk bersolek agar pandanganku terjaga, tapi aku merungut dan membentak.., Aku memarahi dirimu kerana tidak mengenakan sarung kaki, walaupun kamu telah memberitahu bahawa sarung kaki ada di dalam kereta, dan akan memakainya dari dalam kereta.., aku tetap memarahimu kerana bagiku, keluar rumah harus bersarung kaki.., sedang jarak kereta hanya satu meter depan rumah..

Aku malu pada diri ini, kerana sentiasa menemui kesilapanmu.., aku marah marah sewaktu kamu tidak memakai anak tudung (sedang sudah memakai tudung diluar) kerana aku kuatir jika tudung kamu jatuh, kamu tidak ada anak tudung, padahal kamu hanya keluar menyiram pokok bunga dalam rumah yang berpagar...

Pada waktu sarapan, aku juga menemui kesilapanmu, kamu memasak lambat, lauk nasi sejuk, teh tarik tak kelat dan sebagainya, kamu hanya tunduk meminta maaf dan sewaktu aku ingin pergi kerja kamu melambai tangan dan berkata “jaga diri baik-baik” tapi dahiku berkerut, kerana melihat kamu yang mengenakan tuala sebagai tudung sementara, lalu aku menjerit‘”tutup rambut betul-betul !”

Di pejabat, kamu cuba menelefon aku bertanya khabar, tapi aku merungut supaya tidak diganggu kerana sedang sibuk padahal aku hanya berborak dengan kawan akan isu remeh temeh..,

Pada waktu petang, berulang lagi perkara seperti itu, sewaktu aku sampai, aku melihat kamu sedang menjemur kain lalu aku memarahimu di depan anak-anak jiran-jiran kerana kamu berlengan pendek..., ketika minum petang aku masih merungut tentang dosamu yang akan aku tanggung kerana tidak menjaga aurat. Aku juga merungut jika kamu bersolat lewat, sedangkan kamu sudah memberi alasan tertidur kerana keletihan mengemas rumah..., lalu aku menimbulkan cerita tentang api neraka.., dan kamu diam tidak berkata apa-apa..

Ingatkah kamu sewaktu aku membaca buku di malam hari diruang tamu?, kamu datang dengan wajahmu kelihatan seolah-olah mengalami kesakitan? waktu itu aku sibuk membaca dan tidak peduli pada kamu, dan kamu cuba berkata sesuatu, lalu aku yang tidak suka diganggu ketika membaca menyergah” Apa yang kamu mahu?”.

Kamu tidak berkata apa-apa, tetapi terus berlari ke arahku dan merangkulku dengan kuat-kuat lalu mencium pipiku. Tangan kudusmu dengan kelembutan yang diberikan Tuhan dalam dirimu merangkul erat badanku lalu setelah beberapa ketika, kamu meleraikan kembali pelukkan itu, dan kamu pun pergi kebilik tidur meninggalkan aku seorang diri diruang tamu.., di bahuku, aku melihat ada kesan air mata..

Tiba tiba buku yang aku baca terjatuh dan aku berasa cemas sekali.

Apakah kebiasaan yang merasuk diriku? Kebiasaan mencari kesalahan?, kebiasaan mencari kesempurnaan?, merungut tentang masakan yang tak sedap?, berdengus jika masak lambat?, memarahi isteri kerana berlengan pendek menjemur baju di halaman rumah yang berpagar?, memarahi isteri yang solat lewat kerana tertidur? Memarahi isteri yang tidak pakai sarung kaki ke kereta?

Kadang kadang aku membandingkan kamu dengan kakakku yang sempurna dimataku, malahan lebih teruk, aku bandingkan dirimu dengan anak nabi Fatimah r.aha, sedangkan kamu isteriku.., oh.., aku tahu hatimu telah lama terluka… inikah hadiahku kepadamu sebagai suami?.

Semua itu kulakukan, bukanlah kerana aku tidak menyayangimu, melainkan aku sangat takut tentang azab api neraka yang disediakan untuk suami yang tidak menjaga isterinya dengan betul.., tapi aku terlalu berburuk sangka padamu, menuduhmu yang bukan-bukan, menyoal yang bukan-bukan, mempertikai kasih sayangmu padahal kamu isteriku, banyak sekali perkara yang baik dan yang lembut serta benar dalam perwatakanmu. Hati wanitamu ternyata mencukupi luas sekali, seluas cakerawala.

Ini ternyata ketika kamu secara spontan bergegas berlari dan menciumku sebagai ucapan selamat malam. Dan membiarkan air mata mengalir tanpa perlu kepada sebarang penjelasan, sedangkan kamu, telah dibesarkan oleh ibu bapamu dengan penuh kasih sayang.., sampai masa aku datang mengambilmu sebagai isteri lalu membawa pulang ke dunia yang asing bagimu, dan disini, aku menyakiti hati sucimu itu..

Malam ini, aku datang menyapu rambutmu yang basah, dan malam ini, dalam kegelapan sebegini, aku berlutut di sisi katilmu, menangis pada shurga diwajahmu.., dan aku cukup malu pada diriku sendiri dan aku menangis lagi….hanya kamu yang berada difikiranku. Dan aku telah datang kepadamu, dan kini, aku telah berada dalam dakapanmu. .., maafkanlah aku...

Aku sendiri tak sempurna macam Saidina Ali, macam mana boleh mengharap isteri sehebat Fatimah anak Nabi..?, Aku sendiri sedih kerana telah menyakiti hati seorang anak perempuan orang lain yang telah 20 tahun hidup bahagia bersama kelurga, tapi bila hidup bersamaku untuk 40 tahun akan datang, tidur malam terpaksa pula berteman air mata..

Tetapi mulai esok, aku akan berubah.., aku akan bersungguh-sungguh menjadi seorang suami yang terbaik untukmu, Aku akan berpadu denganmu, menderita apabila kamu menderita, dan tertawa apabila kamu tertawa. Lidahku akan ku tahan, kalau aku ternampak salahmu, aku akan bersangka baik, kerana kamu masih muda, masih sedang belajar menjadi seorang isteri..., dan aku menyesal kerana melayan kamu seperti kamu seorang yang faham selok belok ugama, sedangkan kita semua, masih perlu belajar menjadi manusia yang baik, hingga ke liang lahadpun, pelajaran itu belum habis.., apatah lagi di gerbang rumahtangga?..oh

Sekarang ketika aku memelukmu, dan kamu yang sedang lena dibuai mimpi juga secara tidak sedar membalas pelukkanku.., meringkuk dan keletihan di sebalik wajah sucimumu. Aku menangis malu..

Kelmarin kamu masih anak gadis yang diajar agama oleh ibumu dan kamu masih belajar.. hari ini kamu menjadi isteriku dengan rela, aku telah menuntut terlalu banyak.. terlalu banyak !!!!!

Aku malu pada diriku...

Maafkan aku wahai isteriku
Esok, kamu tidak akan menangis lagi.., insyAllah..

Abang cinta padamu.., sampai hujung nyawa...

Akhir kata:-

“Orang yang paling baik di antara kamu adalah yang paling baik dengan keluarganya dan aku(Rasullullah SAW) adalah yang paling baik terhadap keluargaku.” (Hadis riwayat Tabrani)

Janganlah seorang laki-laki mukmin membenci isterinya yang beriman. Bila ada perangai yang tidak disukai, dia pasti ridha (senang) dengan perangainya yang lain. (HR. Muslim)

“Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri kamu) dengan cara yang baik. Kemudian apabila kamu tidak menyukai mereka (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu padahal Allah SWT menjadikan padanya kebaikan yang banyak.” (Surah an-Nisa’)

ku petik dari ...
0

berTudung Labuh dan berTudung Singkat...

Selepas turunnya ayat dari surah al-Ahzab ayat 33 yang bermaksud "Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliah yang dahulu dan terus dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan daripada kamu, hai ‘ahl al-bait’ dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya.

maka, wanita-wanita Islam terus menutup aurat dengan sempurna sehingga tidak terdedah rambut, leher dan segala perhiasan di leher mereka. Begitulah jurang perbezaan yang besar antara wanita Islam zaman Nabi S.A.W dengan wanita Islam zaman kini.

Generasi al-Quran ini cukup unik dan dinamik. Apabila sampai sahaja perintah Allah SWT melalui al-Quran, mereka segera menyahut tanpa sebarang bantahan dan alasan.

Sebagai balasannya, Allah SWT menjanjikan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat, yang pastinya di atas sifat tunduk dan patuh kepada perintah dan suruhan Allah SWT, mereka kelak akan dibalas dengan syurga yang tidak tergambar nikmatnya.

Hari ini macam-macam alasan diberi untuk melepaskan diri daripada perintah Allah SWT…

-----------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------

Sewaktu saya di dalam kuliah, rakan disebelah telah menegur, "cuba anta tgk muslimat tu..kenapa ada antara mereka yang bertudung labuh dan bertudung singkat..yang bertudung labuh Alhamdulillah,tp ana tak faham kenapa ada yang bertudung singkat,sedangkan mereka sama-sama di dalam bidang agama...apa yang menyebabkan mereka berbeza pendapat dalam cara menutup aurat??"

saya terdiam membisu mendengar persoalan yang di bangkitkan rakan seperjuangan ini,saya faham niatnya bukan untuk mengumpat tetapi sekadar meluahkan kebingungan di sudut hatinya...

hmm...benar juga persoalan yang ditimbulkannya detik hati saya....
dalam diam itu, tiba-tiba saya teringat kisah ketika saya makan di kedai bersama rakan-rakan seperjuangan yang lain beberapa hari lalu...mereka juga pernah menimbulkan persoalan yang sama,cuma ketika itu ada jawapan terhadap persoalan itu yang telah didengari sendiri oleh salah seorang rakan seperjuangan dari mulut muslimat yang bertudung singkat....

perlu juga saya sebutkan mengapa persoalan mengenai memakai tudung singkat ini timbul dikalangan kami...ini adalah kerana tudung singkat yang mereka pakai ketika itu tidak memenuhi syarat-syarat menutup aurat, iaitu melabuhkan kain tudung sehingga ke paras dada....dan yang lebih sedih ada dikalangan mereka yang memakai baju yang masih boleh dipertikaikan dalam menjaga batasan aurat....

berbalik kepada cerita tadi...
Jawapan yang telah diberikan oleh mereka yang bertudung singkat,"kami tidak mahu hipokrit,buat apa pakai tudung labuh tapi dalam hati lebih teruk daripada yang tidak bertudung..??"
Astaghfirullah! sungguh mudah! tersentak kami mendengar cerita daripada rakan seperjuangan ini...bahkan ketika kami bertanya tentang kesahihan cerita tersebut dia sendiri telah mempertahankan kebenaran cerita tersebut...!(sebenarnya kami kenal dia bukanlah seorang yang suka mereka cerita,cuma kami bertanya untuk kepastian)....
lalu salah seorang dari kalangan kami telah cuba memberi penjelasan akan hakikat perkara itu...

katanya,"memanglah benar kita tidak boleh menjamin bahawa sesorang yang bertudung labuh itu benar-benar baik,tapi sedarkah kita bahawa seorang yang bertuduh labuh itu telah menjaga dirinya dengan melaksanakan perintah ALLAH...sekurang-kurangnya,dengan bertudung labuh dan menutup aurat dengan sempurna,mereka telah memulakan langkah untuk menjadi seorang yang baik dan solehah...bolehkah kita kata seseoarang yang bertudung singkat dan tidak menutup aurat secara sempurna sebagai seorang yang baik dan solehah disisi ALLAH sedangkan dia tidak memenuhi perintah ALLAH?kita perlu sedar yang kita lakukan amalan adalah kerana ALLAH,bukan kerana manusia..jadi kita perlulah menilai kebaikan itu dari pandangan Allah, bukan pandangan manusia....bahkan kita menutup aurat kerana perintah ALLAH,bukan perintah manusia...."

Firman Allah Di Dalam KitabNYA :

"Hai anak Adam! Sesungguhnya kami turunkan ke atas kamu pakaian untuk menutup aurat dan pakaian untuk perhiasan. Dan yang paling takwa itulah yang paling baik.."(Surah al-A'af, ayat 26)

"katakanlah kepada wanita yang beriman : "hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang (biasa) nampak daripadanya.Dan hendaklah mereka meutupkan kain kerudung ke dadanya,dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka,atau ayah suami mereka atau putera-putera mereka(anak laki), atau putera-putera suami mereka atau saudara-saudara laki mereka(anak tiri),atau putera-putera saudara laki mereka(anak-anak adik beradik laki),atau putera-putera saudara perempuan mereka(anak-anak adik beradik perempuan),atau para perempuan sesama islam mereka, atau hamba sahaya yang mereka miliki atau para pelayan laki-laki(tua) yang tidak mempunyai keiinginan terhadap perempuan atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki agar diketauhi perhiasan yang mereka sembunyikan dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah wahai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung." (An-Nur : 31)

-----------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------

Di tangan seorang ayah,ada 18 biji coklat.Si ayah membenarkan anaknya makan 17 biji coklat dan sebiji lagi dimakannya.Adakah si ayah berlaku zalim terhadap anaknya dek kerana makan sebiji coklat itu?Tidak,ini tidak zalim.Seorang ayah yang menghadkan anaknya daripada makan terlampau banyak coklat takut gigi anaknya rosak dan pada masa yang sama tidak mengabaikan keperluan dirinya sendiri.Inilah adil namanya.

Itu di pihak ayah, bagaimana pula di pihak anak.Jika anak tetap memilih cokat yang dilarang oleh ayahnya, apakah perkataan yang sesuai yang patut dilabelkan kepada si anak?dengil?bodoh...?

Namun,itulah analoginya, Allah menghalalkan 17 jenis lelaki kepada seorang wanita untuk mendedahkan auratnya kepada mereka dan mengharamkan 1 jenis lelaki yakni lelaki yang bukan mahramnya. Persoalannya,kenapa kebanyakan wanita memilih jenis yang diharamkan kepadanya atau ayat yang lebih tepat,mengapa ramai wanita membaham kesemuanya?

Sabda Rasulullah, “aku telah melawati neraka dan aku dapati ramai daripada ahlinya daripada wanita.”

Allah tidak membebankan wanita dengan perkara-perkara yang berat,cukup dengan menjaga rukun Islam,jaga aurat dan taati suami,maka tertutup semua pintu neraka dan terbuka semua pintu syurga, masuklah dari mana-mana pintu yang disukai.Allah tidak suruh wanita pergi berjihad,wanita cari nafkah,wanita jadi pemimpin,itu semua tugas lelaki.Jika lelaki tunaikan itu semua pun,belum tentu dia dapat masuk syurga dari satu pintu.Belum tentu...

Berbahagialah wanita solehah yang menyenangkan hati suaminya,semoga mereka menjadi ketua bidadari di syurga kelak untuk suaminya...
0

Akulah Pencarimu...

Ramadhan...

Tahun ini engkau telah kembali...

Ketika jiwa ini ketandusan mengaharapkan rahmat ilahi...

Menangisi dosa-dosa yang tidak mampu dihitung dengan jari...

Dan kini sepuluh malam itu tiba lagi...

Aku bersyukur masih bernafas ketika ini...

Lalu aku berazam dan berdoa kepada Rabbi...

Agar aku diberi peluang menyembahNYA di malam yang penuh barakah itu...

Suatu malam indah nian...

Menjadi impian setiap jiwa yang beriman...

Malam yang malaikat-malaikat turun membanjiri langit insan...

Malam yang lebih baik dari seribu bulan...

Malam yang pasti dikabulkan doa orang yang beriman...

Akan ku campakkan selimut tebal dan bantal empukku...

Demi Mencarimu Lailatul Qadar!
0

Dahulu,Akulah Bagi Kau....

Waktu engkau masih kanak-kanak,
Kau laksana teman sejatiku
Dengan wudhu, Aku kau sentuh
Dalam keadaan suci, Aku kau pegang
Aku, kau junjung dan kau pelajari
Aku engkau baca dengan suara lirih
Atau pun keras setiap hari
Setelah selesai engkau menciumku mesra
Sekarang engkau telah dewasa
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku
Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah ?
Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu
Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji
Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali
Sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pengisi lacimu
Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa
Atau Aku kau buat penangkal untuk menakutkan iblis dan syaitan
Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian, kesepian
Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau simpan
Dulu...pagi-pagi...surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman
Di waktu petang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau
Sekarang, di awal pagi sambil minum kopi...engkau baca surat khabar dahulu
Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia
Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,
Engkau abaikan dan engkau lupakan...
Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka surah-surahku(Bismillah)
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati musik duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam kenderaanmu
Sepanjang perjalanan, radiomu selalu tertuju ke stasion radio kesukaanmu
Mengasyikkan....
Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja
Di komputermu pun kau putar musik faveretmu
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku.........
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan
Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu
Benarlah dugaanku bahwa engkau kini sudah benar-benar hampir melupakanku
Bila malam tiba engkau membuka mata berjam-jam di depan TV.
Menonton siaran televisi
Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk
Hanya sekadar membaca berita murahan dan gambar sampah
Waktupun cepat berlalu.........
Aku semakin kusam dalam laci-laci mu
Mengumpul debu atau mungkin dimakan kutu busuk
Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali
Itupun hanya beberapa lembar dariku.
Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu
Engkaupun kini terbata-bata ketika membacaku
Atau waktu kematian saudara atau taulanmu
Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya
Apakah TV, radio, hiburan atau komputer dapat menolong kamu?
Yang pasti ayat-ayat Allah SWT yang ada padaku menolong mu
Itu janji Tuhanmu
Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu...
Setiap saat berlalu...
Dan akhirnya.....
Kubur yang setia menunggumu...........
Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu
Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati...
Di kuburmu nanti....
Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan
Yang akan membantu engkau membela diri
Dalam perjalanan ke alam akhirat.
Dan Akulah "Al-Qur'an", kitab sucimu
Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu
Peganglah Aku kembali.. .. bacalah aku kembali aku setiap hari.
Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci.
Yang berasal dari Allah Azzawajalla
Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah
Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu
Keluarkanlah segera Aku dari lemari dan lacimu.......
Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu.
Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu.
Sentuhilah Aku kembali...
Baca dan pelajari lagi Aku....
Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau satu ayat
Seperti dulu.... Waktu engkau masih kecil
Di surau kecil kampungmu yang damai
Jangan aku engkau biarkan aku sendiri......
Dalam bisu dan sepi....
0

Makna Tersirat Dalam Kata-Kata Hawa...

FINE
Ini la yang perempuan suka gunakan untuk hentikan pergaduhan, lebih-lebih lagi bila dia rasa dia yang betul dan anda kena diam. Jangan sekali kali gunakan perkataan ini untuk memberi gambaran rupanya, terutama sekali apabila dia sedang mencuba pakaian di kedai - hanya akan membawa anda berdua bergaduh.

LIMA MINIT
Ini sebenarnya setengah jam. Ianya sama jugak dengan lima minit yang perlawanan bola sepak akan berakhir sebelum anda membawa sampah ke luar, jadi ini adalah pertukaran yang seimbang.

TAKDE APA-APA
Ini bermakna "something" dan anda perlu berjaga-jaga! Perkataan ini melambangkan perasaan perempuan yang inginkan anda berputar-putar kat dalam macam mesin basuh. Selalunya, ini akan memulakan pergaduhan yang akan bertahan selama 'LIMA MINIT' dan diakhiri dengan 'FINE'.

PERGILAH! (dengan kening terangkat)
Ini adalah satu cabaran yang akan membuat si perempuan menjadi marah dengan 'TAKDE APA-APA' dan diakhiri dengan 'FINE'. PERGILAH (dengan kening biasa) Ini bermakna 'mengalah' atau 'buat je la apa yang awak nak sebab saya tak kisah'. Anda hanya akan mendapat situasi ini dan dalam beberapa minit diikuti dengan 'TAKDE APA-APA', 'FINE' dan dia akan bercakap kembali dengan anda dalam masa 'LIMA MINIT' apabila dia dah sejuk.

MENGELUH YANG KUAT
Ini sebenarnya bukanlah perkataan, tetapi kenyataan yang sering disalah anggap oleh kaum lelaki. 'MENGELUH YANG KUAT' bermakna dia merasakan anda adalah seorang yang bodoh ketika itu dan dia sendiri terfikir kenapalah dia menghabiskan masa berdiri di situ dan bergaduh mengenai 'TAKDE APA-APA'.

MENGELUH YANG PERLAHAN
Lagi sekali, ini bukanlah perkataan. 'MENGELUH YANG PERLAHAN' membawa maksud yang dia berasa puas. Adalah lebih elok jika anda duduk diam, jangan buat sebarang tindakan... dan dia akan kekal puas.

OKAY LAH
Ini adalah kenyataan yang paling merbahaya seorang perempuan boleh buat kepada lelaki. 'OKAY LAH' bermakna dia ingin berfikir panjang sebelum dia membalas terhadap perbuatan anda yang telah menyakitkan hatinya. 'OKAY LAH' selalunya digunakan dengan 'FINE' bersama 'Kening
Yang Terangkat'.

BUAT LAH
Satu ketika di masa depan dalam masa terdekat, anda akan dilanda masalah yang besar.

TOLONGLAH
Ini bukan kenyataan, sebaliknya adalah pelawaan. Seorang perempuan memberi anda peluang untuk mengeluarkan sebarang alasan atau sebab di atas apa yang telah anda lakukan. Anda mempunyai peluang yang adil dengan kejujuran, jadi berhati-hati dan anda tidak akan mendapat 'OKAY LAH'.

TERIMA KASIH
Seorang perempuan mengucapkan terima kasih. Jangan pengsan. Terima dan ucapkan sama-sama.

TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK
Ini banyak berbeza dari 'TERIMA KASIH'. Seorang perempuan akan menggunakan ini apabila dia dah terlampau marah pada anda. Ini menunjukkan yang anda telah menyinggung perasaannya dan akan diikuti dengan 'MENGELUH YANG KUAT'. Berhati-hati untuk tidak bertanya apa yang salah selepas 'MENGELUH YANG KUAT' kerana ini hanya akan membuat dia berkata 'TAKDE APA-APA'
0

Rindu pada Pencipta Bulan

saya rindu pada pencipta bulan bukan kepada bulan kerana saya tahu bulan akan hancur dan binasa....
tetapi saya juga tahu pencipta bulan tidak melarang saya untuk menikmati keindahan bulan bahkan dengan menikmati keindahan bulanlah saya akan memuji pencipta bulan.saya akan mengagumi kuasa dan kehalusan pencipta bulan yang telah menciptakan bulan begitu indah menjadi penghias di malam hari.begitu juga lah cinta saya pada isteri saya yang solehah, apabila saya melihatnya...dia umpama bulan yang mengingatkan saya pada pencipta bulan....
dia tidak pernah jemu memberi senyuman manisnya kepada saya dalam setiap situasi yang saya tempuhi, terkadang saya melukakan hatinya tanpa saya sedari, tetapi dia tidak pernah menunjukkan wajah kecewanya pada saya, bahkan dia sentiasa memaniskan wajahnya untuk tatapan saya dan tetap berada disisi saya dengan kata-kata lembutnya walaupun saya telah mengguris perasaannya dengan tingkahlaku saya. sifatnya-sifatnya mengingatkan saya tentang kehidupan para salafusoleh yang pernah saya baca cerita mereka ketika di bangku sekolah dulu....
0

Kes-Kes Melibatkan Wanita

Mangsa Rogol :





0

Kes-Kes Melibatkan Wanita

Mangsa Ragut :







0

Musafir Seorang Wanita

Hukum :

1. Wanita dilarang bermusafir kecuali bersama-sama dengan suami atau mahram. Kerana dalam hadis yang disepakati kesahihannya menyebut:

لا تسافر المرأة ثلاثة أيام إلا مع ذي محرم

"Janganlah seorang wanita bermusafir perjalanan tiga hari kecuali kecuali bersama mahram". Direkod dalam Sahih Bukhari (no: 1036) dan Muslim (no: 1338).

Larangan ini adalah meliputi semua bentuk perjalanan yang dinamakan musafir. (Syarah Sahih Muslim oleh Nawawi 9/103).

Berdasarkan hadis ini, haram seseorang wanita keluar musafir tanpa ditemani suami atau mahram, walaupun dia keluar bersama dengan wanita-wanita muslimah lain.

Kata Imam Nawawi tentang hukum wanita bermusafir untuk selain haji wajib, seperti haji sunat, urusan perniagaan, lawatan dan lain-lain. Katanya: "Setengah ulama mengatakan harus dengan ditemani wanita-wanita yang dipercayai, seperti masalah haji Islam. Dan Jumhur mengatakan hukumnya adalah HARAM kecuali ditemani suami atau mahram. Inilah pendapat yang sahih berdasarkan hadis-hadis yang sahih". (Syarah Muslim 9/104).

2. Samada musafir tersebut ke negara Islam atau bukan, hukumnya adalah sama iaitu mesti ditemani dengan suami atau mahram. Malah, hukumnya lebih berat jika ke negara bukan Islam, kerana ancaman terhadap muslimah di sana lebih kuat dan fitnah lebih besar.

Para ulama tidak mengesyorkan orang Islam melancong ke negara kufur kecuali atas alasan keperluan mendesak. Ia bagi mengelakkan ancaman terhadap akidah, agama, dan akhlak.

3. Dalam masalah wanita bermusafir untuk mengerjakan haji, tetapi tidak ada mahram, ada pendapat yang mengharuskan jika dia bersama wanita lain yang dipercayai, dan perjalanannya dijamin selamat.

Pendapat ini dipilih dalam mazhab Syafie dan beliau menukilkan pendapat ini daripada Aisyah, Ibn Umar dan Ibn Zubair r.a. (rujuk Al-Umm 2/127)

Diriwayatkan juga Aisyah r.a. berkata, "Bukan semua wanita ada mahram". (Musannaf Ibn Abi Syaibah no: 15176).

Wallahu A'lam.
0

Pakaian Takwa




0

Wanita Amanah Lelaki

Buat kaum lelaki waspadalah jangan sesekali mendidik kaum wanita dengan mengikuti perintahnya. kerana ia mencerminkan kejahilan anda , jangan jinakkan mereka dengan emas atau harta kerana mereka akan jadi liar dan kau semakin diperbodohkan , jangan hiburkan mereka dengan kecantikan kerana mereka akan menderita dan kau akan sengsara.Maka pimpinlah mereka dengan jalan kebenaran, jalan yang diredhai Allah kerana kau akan ditanya akan tanggung jawabmu itu wahai saudaraku.Ibnu Umar r.a berkata :Bersabda Rasulullah Saw : “Kamusekalian adalah pemimpin dan kamu akan di tanya tentang mereka yg kamu pimpin .Raja yang memimpin rakyatnya dan suami pemimpin kepada keluarganya dan isteri pemimpin rumah tangga suami dan anak-anaknya.Maka kamu sekalian pemimpin dan akan bertanggung jawab atas pimpinanmu” (Riwayat Bukhari dan muslim) Benar sabda Rasulullah saw “ Sesungguhnya kemusnahan kaum lelaki itu adalah kerana mentaati wanita-wanita mereka”Selain daripada itu “Kejahilan bagi kaum lelaki ialah mentaati wanita selain daripada ibunya” Huzaifah r.a berkata ia mendengar nabi SAW bersabda ,di dalam khutbahnya “Arak adalah ibu segala maksiat , wanita adalah jala syaitan dan cinta dunia adalah kepala setiap dosa.”Rangkap yang wanita adalah jala (perangkap syaitan ) menjelaskan maksud samada syaitan telah menghiasi mereka dengan begitu menarik supaya menimbulkanrangsangan ataupun lelaki yang jahat akan memandang serta menggoda mereka dengan perantaraan mereka.Ibnu Mas’ud ra telah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw telah bersabda , “Wanita adalah objek yang tersorok di mana ,apabila ia keluar syaitan akan menghias mereka untuk menggoda kaum lelaki” At-Tirmizi.Sedarlah kaum lelaki , di sini cabaran bagi anda maka jangan sesekali terbuai dengan tipu daya syaitan seperti firman Allah yang bermaksud:“Wahai orang-orang yang beriman , masuklah kamu ke dalam islam keseluruhannya dan janganlah kamu turuti langkah –langkah syaitan .Sesungguhnya syaitan itu musuh kamu yang paling nyata bagimu.Tetapi jika kamu tergelincir (dari jalan Allah) sesudah datang padamu bukti-bukti kebenaran , maka ketahuilah , bahawasanya Allah Maha Perkasa lagi Maha bijaksana” (Al-Baqarah 208-209)
0

Empat Tingkap Jauhari

1.aku tahu dan orang lain juga tahu(Arena)

Tingkap ini adalah yang paling biasa. Contoh yang mudah adalah seperti jantina, bangsa, nationality, dan benda-benda kegemaran kita. Tingkap ini biasanya kecil apabila seseorang itu baru mengenali seseorang tapi akan bertambah besar lama-kelamaan.


2.aku tahu, tapi orang lain tidak tahu(Facade)

Tingkap ini pula perlulah dijaga dengan betul. Sikap dan amalan buruk sudah tentu tidak mahu didedahkan pada orang ramai. Islam juga melarang kita membuka aib sendiri, apatah lagi membuka aib orang. Walaubagaimanapun, apa-apa yang buruk dalam tetingkap ini, pada pandangan saya elok dikikis dan dibuang jauh-jauh. Ini kerana apabila ia masuk ke tetingkap Arena, buruk padahnya.


3.aku tidak tahu dan orang lain juga tidak tahu(Unknown)

Tingkap ini adalah paling selamat dan perlu diteroka untuk memahami lagi potensi dan kelemahan diri. Contoh paling mudah adalah bakat yang belum terserlah. Kita perlu meneroka dan mencuba banyak benda untuk mengetahui apa kebolehan diri. Apa-apa yang dijumpai dari tingkap ini boleh terjun kemana-mana tingkap apabila telah kita atau orang lain temui.

4.aku tidak tahu tapi orang lain tahu(Blindspot)

Tingkap ini adalah paling bahaya. Siapa yang mahu orang lain tahu tentang dirinya yang dirinya sendiri tidak tahu?Jika perkara tentang diri kita dalam Blindspot itu adalah perkara yang elok, mungkin bukan masalah yang besar. Tapi, jika perkara itu adalah, perkara yang buruk, mungkin tak berapa elok untuk kita. Oleh itu, cubalah untuk mengurangkannya seminima mungkin dengan mengambil semua pandangan dari pelbagai orang(360 degree feedback)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...